Wednesday, 19 October 2011

My Life is about J???

Jasper..
emmm,,sape eak???
rasa-rasanya Jasper ni penjaga bilik DrNotts
mungkin makhluk bunian @ benda yang kita tak nampak yang jaga bilik DrNotts
mungkin juga hantu sebab DrNotts selalu cerita mengenainya di kawasan perkuburan dekat dengan rumah DrNotts

Jonah...
Jonah ni mungkin  kawan DrNotts
tapi mungkin juga keluarga DrNotts
Jonah dan John orang yang sama
kerana dalam Blog DrNotts bulan June DrNotts ada sebut tentang Jonah dan John
iaitu nama sebenar Jonah adalah John

John..
lelaki British yang sama-sama DrNotts semasa di Switzerland
mungkin juga gelaran untuk anak DrNotts

Tuesday, 18 October 2011

Tujuh Punca Utama Cepat Lapar

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


Friday, 7 October 2011

Azham

hehehe...budak ni nama dia Ahmad Azham..gaya cakap macam orang tua. tiap kali aku call kat rumah mesti dia nak cakap. soalan yang mesti dia tanya:


cik da dah makan?
cik da buat pe?
bila nak guti?


aku pun pelik jugak guti  tu ape kan???
tapi terpaksa buat tak tau je lah..kononnya aku ni mak saudara yang faham bahasa budak pelat
tapi Azham tanya lagi
bila cik da guti??
aku mula blur...
lepas tu aku terus letak fon
kononnya talian putus lah
hehehe...padahal aku tak faham pun


mak aku call balik dan cakap bila nak cuti
rupa-rupanya tu lah yang Azham tanya
aku berfikir (dia faham ke cuti tu apa)

Alya Maisarah

Rindu sangat kat buah hati aku ni...Bila lah dapat jumpa.,tak sabar rasanya nak balik kampung. Nak jumpa dengan Alya Maisarah ni..cik da rindu sangat kat adik Ya..2,3 hari lepas cik da call adik Ya tak nak cakap.
teringat pulak zaman cik da jaga adik Ya..5 bulan jaga rasa kejap je..macam-macam gamabar adik Ya masa baby cik da ada..


 comelnya adik Ya tidur..time ni lah cik da dapat tengok Tv dengan tenang. 
 ni time mula-mula nak belajar jalan..
dah mula pandai makan chocolate..comotnya anak saudara cik da ni..

Tuesday, 4 October 2011

PITA


Surat-surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani....Novel untuk   tajuk PITA aku. Tapi belum jumpa lagi.Kalau sape-sape ada jumpa buku ni tolong bagitahu ye..minggu lepas dah pergi DBP tapi dah habis..



Ni juga novel untuk PITA aku..nipis je dalam 180 halaman je...tapi sampai sekarang belum habis aku baca..hehehe


***minggu ni mesti habiskan..

Cinta-mu Tuhan

Cinta umpama bunga
bunga mekar mewangi
mekar tersenyum riang 
menghiburkan sang pipit di taman


cip, cip, cip
sang pipit menyanyi ria
menikmati cinta dan kasih sayangmu Tuhan
dengan nikmat yang diberikan


betapa besar cinta-mu Tuhan
dengan selaut kecintaan
bumi kehijauan
memberiku sejuta kesyukuran

Sunday, 25 September 2011

Terharu Sangat

Ada tak lagi kawan sejati kat dunia ni????
kawan yang sanggup susah senang
suka duka sama-sama

Aku ada terserempak dengan beberapa pelajar lelaki berdekatan dengan KTP. Aku rasa terharu sangat bila tengok 4@5 orang budak lelaki itu mengiringi seorang pelajar OKU dengan keadaan yang cukup gembira. Nampak ikhlas sangat....Salah seorang dari mereka menolak kerusi roda itu dengan ceria.
Aku mula terfikir bagaimana kalau aku yang berada di tempat lelaki itu???? Bagaimana reaksi kawanku??? Adakah mereka pun sanggup buat seperti pelajar itu????

Di sini aku mula sedar..
cari kawan sama ertinya memilih masa depan
cari kawan sama ertinya memilih perilaku
dan cari kawan sama ertinya memilih kualiti ilmu