Saturday 31 December 2011

Manusia Bergelar Kawan

Aku hairan pada manusia yang bergelar kawan ni..seharusnya kawan akan tumpang bahagia tengok kawannya bahagia bukannya bermasam muka, dengki, iri hati. kita sebagai kawan perlu saling tolong menolong, saling memahami antara satu sama lain bukannya disebabkan masalah yang kecil hubungan kawan tu menjadi renggang dan saling memberi sokongan yang ke arah kebaikan. bila timbulnya ketidakpuasan hati seharusnya luahkan dan jangan simpan dalam hati. kita sebagai manusia ni memang telah ditakdirkan hidup berpasang pasangan, berkumpulan,, sebab itu wujudnya Adam dan Hawa, adanya keluarga dan kawan-kawan. bagaimana nak hidup berseorangan kan???

mungkin anda dah ada BF dan GF..dah cukup ke tu tanpa kawan???jangan terlampau agungkan BF dan GF anda kerana belum tentu lagi menjadi jodoh anda..jadi lah macam saya..single is better.
Berbalik pada tajuk..kawan ni ada tiga jenis:

1)yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
2)yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja diperlukan
3)yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya

No comments:

Post a Comment