Monday, 31 October 2011

Perkara yang tak dapat dilupakan.

Perkara yang paling aku tak dapat lupa ialah peristiwa kereta api yang aku naik terbakar.Ngeri sangat,,,malam tu aku bertolak dari Gua Musang pukul 10 lebih tetiba jer kat Merapoh lampu kereta api terpadam. Memang terkejut lah. Datang orang suruh turun dan bawak beg sekali. masa tu aku tak tau pun kenapa???yang aku tau kereta api dah berhenti dan lampu terpadam..


aku pe lagi dengan beg bagasi yang agak besar juga,,lompat dari kereta api yang tinggi tu.nyaris-nyaris tak jatuh dalam parit. aku main terjun je sebab suasana masa tu kelam kabut sangat. bila aku dah turun baru aku tau rupa-rupanya kereta api terbakar kat gerabak W10..dengar-dengar cite sebab rokok.aku takut sangat-sangat (takut meletup je). aku duduk jauh sangat dari kereta api. lama juga lah terpaksa merempat kat Merapoh tu sebab tunggu bomba datang.


dalam 3 lebih baru bertolak dari Merapoh. Panas sangat sebab aircond dan lampu tak jadi. rasa nak terjun je dari kereta api masa tu..kereta api tu gerak sikit rosak. pukul 7 masih duduk kat kuala lipis..bengang sangat. Pertama kali naik kereta api lama sangat.dah lah aircond tak jadi, cuaca pun panas, ada pulak lah mamat yang nak jadi minah (Pondan) duk bergaduh dalam train..sebab air tea ice je kot...agak-agaklah. dari Gemas sampai Kajang asyik Pot Pet je tak habis-habis. naik rimas aku. rasa cam nak pergi ikat dengan kain je mulut dia. agak-agaknya tak letih ke dia bercakap. mengganggu orang lain je. siap bangun nak bertumbuk lagi. hairan aku.


 peristiwa ni memang aku tak leh nak lupa. kalu difikirkan rasa dah tak nak naik kereta api. bayangkan dari pukul 10 lebih pukul 4 petang baru sampai Kajang..letih sangat


kalendar 2012













reaksi wajah