Tuesday, 20 September 2011

Tugasan pertama


Sasterawan Negara Usman Awang
Tugasanku yang pertama

Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang

amar zikri



nasi kerabu oh nasi kerabu

Nasi kerabu oh nasi kerabu
Dua hari yang lepas aku ada beli nasi kerabu dekat kedai yang berhampiran dengan UPM.
Masa makan memang sedap sangat apa tak nya memang kegemaran aku, dengan budunya memang selera sangat lah..Tapi pada malamnya aku dah rasa tak sedap perut sampai berulang alik masuk tandas. Esoknya aku nak pergi Mines nak beli kasut. Belum pun sampai Mines dah berapa tandas aku masuk. Malu sangat kat kawan-kawan yang setia menunggu. Nak buat macam mana dah darurat. Pertama kali dalam sejarah hidup aku pergi jalan-jalan tapi Kasut pun kawan yang pilihkan dan tolong bayarkan, tak sempat nak bayar kelam kabut cari tandas. Hari ini masih rasa kesannya. Aku dah mula rasa serik nak beli makanan tepi jalan. Pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati beli makanan. Yang penting perlu bersih.

Sunday, 18 September 2011

saya punya pencetus semangat




Setiap kali aku melihat gambar ni, aku rasa macam nak tergelak.hehehe..Ramai yang cakap gambar ni macam budak skema. Nampak sangat ke????Hakikatnya tak tau. Sebenarnya ni lah adik bongsuku yang belajar di UITM Shah Alam. Dia menjadi kebanggaan kami sekeluarga apabila dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Katanya nak jadi doktor pakar bedah otak suatu hari nanti. Macam tak percayakan orang penakut yang amat ada keberanian yang kuat macam ni. Tapi dulu lah sekarang dah ok. Dia selalu mengingatkan aku dalam banyak perkara. Perkara yang paling aku ingat ialah apabila dia tegur supaya pakai tudung semasa abang ipar kami ada di rumah. Katanya" kalaulah dosa boleh dikira mesti dah tak terkira". Aku bengang sangat. Tapi alhamdulillah aku dah berubah. Katanya lagi tau tak bezanya orang yang pandai dengan kita. kalau orang pandai memang susah nak puas hati tapi kita kalau dah lulus pun dah ok..sindirannya membuat aku sedar...itulah adikku yang menjadi penyejuk hati kami sekeluarga.