Friday 6 January 2012

Kenangan Bersama

Semasa minggu study week,,beberapa kawanku datang menginap tanpa berbayar dalam bilik aku..kononnya nak study bersama.Bila dah ramai macam tu study nya kurang cakapnya banyak..walaubagaimanapun,,tiga hari dua malam bersama menjadikan cukup membuat aku gembira..suasana bilik aku semacam kapal pecah itu tidak aku hiraukan..setiap detik di isi dengan sumbangnya gelak tawa mereka..apa yang digelakkan pun aku tak tau. namun apa yang aku pasti, kenangan sebegini sukar dicari ganti..mungkin bisa ya...tapi mustahil dalam keadaan yang sama.semasa aku bersama mereka, aku rasa masa begitu pantas..tutt..tutt dah pukul 3 pagi..tapi kesian sangat kat dia orang, terpaksa tidur di lantai beralaskan toto (kelate) yang dipinjam. yang aku tak tahannya si A ni cakap

Semalam rasa cam tidur kat tanah sebab penuh kasut..malam ni macam tidur tempat sukan pulak..

sebabnya bawah katilku penuh dengan raket badminton kerana pada petang itu ada perlawanan antara jaguh kampung dan atlet kebangsaan...

dah nama jaguh kampung kan,,lepas main terus sakit urat.ape daaaa....

Proses Pembentukan Kata-kata Istilah

1)Pengimbuhan
2)Penambahan
3)Penggabungan
4)Analogi
5)Pemberian Makna Khusus
6)Penciptaan
7)Akronim
8)Pengembangan
9)Peleburan Fonem dan Suku Kata
10)Pembentukan Mengendur
11)Perluasan Pembentukan Kata
12)Penyingkatan
13)Peluasan Makna
14)Penyempitan Makna
15)Perubahan Makna
16)Pinjaman Terjemah
17)Peminjaman Kata


sekarang aku sedang berusaha menghafal dan memahami kesemua proses ini..agak susah juga lah sebab ini bukan bidang sebenar aku. walau macam mana pun aku kena berusaha untuk jadi pelajar yang produktif sama ada dalam bidang sastera mahupun bahasa...INSYA'ALLAH....

Takrif Gagal : Orang Hebat VS Orang Biasa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Takrif Gagal : Orang Hebat VS Orang Biasa | iluvislam.com + discover the beauty of islam