Thursday, 1 December 2011

Gurindam Jiwa

ni adalah antara lagu klasik kegemaranku..bahasa yang digunakan cukup indah


tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga


comel tak????

ni lah anak saudaraku yang ke-21,,satu-satunya 
baby dalam keluargaku untuk tahun ini..bulan 1 
tahun depan yang ke-22 akan menyusul..tak sabar 
nak tunggu.harap-harap laki pulak..yang ni 
namanya Nik Nur Iffah Amani. Amani tu sempena 
nama Mia Sara dalam cerita Adamaya..kakak dan 
abang dia terlampau minat dengan Amani dalam 
cite tu.. comel kan???

Wednesday, 30 November 2011

Bila Ayahku Menjadi tukang masak





pencemaran

pencemaran oh pencemaran...
jom pantau kat mane berlakunya pencemaran sungai
ronda-ronda bersama geng Bara 

untuk menjejaki pencemaran sungai
hahaha

celcom oh celcom

akhirnya selesai juga semua urusan aku dengan celcom selepas berminggu-minggu tergendala. hari ni walaupun panas dan hujan aku redah juga bersama kawan-kawan yang sedia menemaniku. thanks to ninie, dayat dan sofea. nampaknya aku kena tunggu 6 bulan hingga setahun lagi keputusan dari celcom. huhhhhh lama betul...mesti aku dah konvo baru nak settle..nama aku dah blacklist. tak boleh nak buat pinjaman. nak ke luar negara pun jangan harap..tolol punya manusia yang tak bertanggungjawab tu..ingat aku anak datuk ke????

BBK 3408 2011 BARA PRODUCTION COVER KALAU BERPACARAN