Saturday 24 December 2011

RaGAm Kami

tutt,,tutt,,tutt (mesej berbunyi)
muka(senyum je)
cepat-cepatlah,,mula kalut nak balik
panas punggung da,,
munirah duk tunggu
rupa-rupanya
munirah ooooooooo munirah


Mari aku buat kalau tak aku tidur,,
5 minit kemudian..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
buat ke tak buat ke 
yang penting tidur tetap tidur


malam ni aku nak orang lain yang buat
aku nak tengok jah sejauhmana puak mu buat
last-last sape yang buat??
tutt,,tutt dia juga yang buat


jangan tidur
tengok ni orang buat ape
tengok lah ni nanti kalut
mu ni kalau campak kat laut pun tak sedar kan


cuba teka ragam siapa kah ini????
dayat???
firdaus???
nini???
yang mane satu agaknya

Dr Normaliza

semester ni aku ada ambil satu subjek yang pada mulanya aku rasa takut sangat nak masuk kelas tu..lecture subjek ni garang dan tegas sangat. minggu pertama masuk kelas kami dah kena warning. wajib pakai kasut masa kelas dia. aku dan kawan-kawan takut sangat sampai kami ke MINES untuk beli kasut. orang cakap tak kenal maka tak cinta kan.lepas berminggu-minggu masuk kelas tu aku rasa seronok. rasa takut lama-lama hilang tapi rasa hormat tu tetap ada.


Dr Normaliza a.k.a Dr Notts ni suka sangat bagi keja.tiap-tiap minggu mesti ada kerja dan kena present kat depan. kalau salah sorang ahli kumpulan yang lambat markah kena potong. tak adil kan???tapi tu semua untuk latih kami berdisiplin...aku rasa tertekan sangat masa mula-mula terima arahan supaya buat video dan miming lepas tu masuk kat dalam youtube. kumpulan kami ni tak pernah pun upload apa-apa kat youtube sebelum ni. disebabkan kerja, kami belajar macam mana nak upload. apa yang seronok sangat kelas Dr Notts ni  ialah selepas present video. rasa happy sangat.


sepanjang belajar 14 minggu ni aku rasa ni lah antara subjek yang paling banyak kerja. subjek ni menuntut kami banyak melakukan praktikal berbanding teori. aku belajar macam mana nak buat movie maker, upload youtube, buat blog, website, macam-macam aku belajar. dalam kelas Dr notts aku tak pernah rasa boring dan mengantuk kerana ada je aktiviti yang dibuat dalam kelas. kami tidak dibenarkan menyalin nota dan hanya perlu ambil gambar sahaja.


ni adalah link blog Dr Normaliza..untuk sape-sape yang akan ambil subjek ni semester depan get ready lah dan jangan takut. Dr seorang yang tegas tapi agak penyayang orang nya..http://aammwa.blogspot.com/


















Friday 23 December 2011

bAtu BeRsuRat KuaLA BerAng





KUALA TERENGGANU 30 Mac - Penemuan Batu Bersurat pada 1887 di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah.

Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.

Kemudian pada 1902, batu itu dijumpai pula oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Bagaimanapun, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali ketika itu dan orang kampung membawa batu bersurat tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin 111 dan kemudiannya diletakkan di atas Bukit Puteri.

Tulisan bertarikh 702 Hijrah dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta dengan hukum mengikut taraf seseorang.

Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di muzium negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri turut mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk di negeri ini khasnya dan pelancongan amnya.

Memorial yang direka bentuk empat persegi sama seluas 11,400 x 11,400 sentimeter (sm) dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu.

Bagi mengimbau sejarah penemuan batu tersebut, muzium negeri menganjurkan Seminar Batu Bersurat selama dua hari baru-baru ini dengan menghimpunkan seramai 150 peserta yang mewakili jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Ketika berucap pada perasmian itu, Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah mahu sebuah Pusat Penyelidikan Jawi diwujudkan di Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang sebagai pusat penyelidikan jawi yang terunggul di negara ini.

Katanya, pemilihan di Kuala Berang itu wajar kerana daerah itu merupakan tapak penting kerana ia menjadi tempat penemuan Batu Bersurat yang membuktikan tentang pengisytiharan Islam.

''Pada masa ini kerajaan negeri telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di situ sebagai tempat kajian dan kunjungan pelawat dari dalam dan luar untuk melihat Replika Batu Bersurat yang ditemui pada 1887,'' katanya.

Menurut beliau, pada masa ini kertas cadangan mengenai pembinaan Pusat Penyelidikan jawi itu telah siap dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan.

''Dengan adanya Pusat Penyelidikan Jawi itu, ia akan menjadi tumpuan kepada para penyelidik atau pengunjung untuk mengkaji atau membuat rujukan mengenai sejarah tulisan jawi dan kedatangan Islam di negeri ini,'' katanya.

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar yang julung kali diadakan anjuran muzium negeri.

Ia bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik usul batu yang digunakan dan mengenal pasti pengaruh tulisan yang digunakan pada ketika itu.

Antara pembentang ialah Drs. Supian Sabtu dari Jabatan Pengajian Sejarah Universiti Malaya dengan tajuk Kepentingan Batu Bersurat Dalam Konteks Arkeologi, Izziah Suraiani Arshad dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (Batu Bersurat Terengganu: Bacaan, Tafsiran dan Ulasan Isi Kandungan). 

***************************************************************************************

pernah belajar tentang penemuan batu bersurat di terengganu ni
masa belajar sejarah dulu.. tapi tak ada ambil berat sangat -
tapi bila baca balik... kaji balik... memang satu penemuan yang bersejarah
tentang sejarah awal Islam datang ke tanah melayu -  dan jelas ianya
lebih awal dari melaka...  dulu ingat melaka dulu sebab pedagang2
arab datang ke pelabuhan melaka... - rupanya ada yang lebih awal dari tu -


kAk RiNdu Mak Sangat

orang cakap antibodi aku lemah
betul ke????
kena hujan cikit selesema
mula lah nak demam
aku tak tau
mak aku jugak cakap aku macam tu
kat kampung aku tak pernah mandi hujan dengan sengaja
mak aku marah
mak aku selalu cakap jangan mandi hujan
rindu sangat kat mak
rindu nak dengar leteran mak

Wednesday 21 December 2011

SeBak dAlAm TaWA

tadi masa dalam kelas BBK 3408 aku ada terima satu SMS
bila terima SMS tu aku terus tak tentu arah
aku tutup muka
rasa macam nak nangis pun ada (sebenarnya dah mula nangis pun)
tapi semua tu terbantut bila ada member aku yang menegur
aku terus balas SMS tu
"Tahniah Along sebab dapat 9A PMR"
aku rasa sebak sangat bila anak saudara sulungku dapat 9A PMR..
syukurlah...
segala cabaran dan dugaan yang di alami dalam keluarganya sebelum peperiksaan rupa-rupanya memang jelas ada hikmah yang menanti.
"Cikda bangga dengan Along".
bagus sebab Along tak jadi macam cikda tapi berusaha untuk jadi macam ciksu...


BBK 3408 2011 BARA PRODUCTION.wmv


ini merupakan video kami yang kelima iaitu berkaitan pencuri atau kecurian.. video ini adalah spontan dari kami tanpa skrip.

Tuesday 20 December 2011

Tak ada TAjuk..huhuhu

tak mengapa
tak mengapa
tak mengapa,,hehehe


ape lah motif budak ni eak
kelakar muka nya..hehehe

Best WOOOOOOOOOO

Best sangat dapat mandi hujan..hehehe. baru semalam tapi aku dah mula teringat. ini akan jadi kenangan yang manis nanti. aku tak sangka dah besar-besar pun aku boleh buat perangai macam budak-budak. terlompat-lompat dalam hujan buat muka tak malu depan rumah orang. kepada (NINIE dan DAYAT).thanks.....sebab cipta kenangan manis ini..bila tua-tua nanti dapat jugak aku citer kat cucu aku yang aku ada member yang macam korang berdua..melompat-lompat bila dapat main hujan..syukur jugak sebab kita semua tak demam.
kepada (FIRDAUS dan SOFEA) thanks jugak walaupun datang lambat..sekurang-kurangnya kita ada kenangan bersama...


Jalan-Jalan Bukit Ekspo

 kawan-kawan ni buah ape ye????
 manja betul bakal kak ipar dan adik ipar ni,,eee...mengada-ngada.menci I tau ...
 aku bangga jadi pelajar UPM..hahaha
 bakal sepupu yang sehati sejiwa

 posing jangan tak posing Eniey ye
 ambik ape tu cik ton celupar weiii........

 belajar cara-cara menggolek buah,,
 Boss memerhatikan anak buah
 orang lain semua SS aku je FOKUS
 bergambar dengan prop BKK 4347
 gaya turun bukit,,slow-slow nanti jatuh



Marah tandanya sayang

aku suka marah-marah sorang kawan ni
aku pun tak tau nape
tapi apa yang aku pasti
dia ni selalu pending
kalau kita cakap apa-apa dia dengar tapi fikirannya melayang kat lain
lepas tu mula lah kalut tanya balik
kawan aku ni jugak selalu lambat-lambat
nak ke mana pun dia lambat
bila aku call pun lambat angkat
tapi........kalau yang call tu "SI DIA" sekali bergetar dah angkat
aku suka marah dia bila dia mula tidur
bila dia mula tidur jangan haraplah
campak kat laut pun tak kan sedar
sebenarnya.......................
aku bukan suka-suka sangat nak marah dia
tapi aku tak nak dia hanya hidup dalam dunia dia
aku sanggup jadi penukulnya andai dia anggap dia tu paku
asalkan dia tak tenggelam dalam dunia yang dia cipta tu..


aku nak dia tau aku marah dia sebab aku sayang dia..
aku harap dia faham yang aku bukan suka-suka marah dia
anggap itu sebagai nasihat
aku nak dia berjaya
tak nak dia bertambah angau

please lah......

buat benda jangan sesedap rasa je..tengok dulu baik buruknya
kau buat seolah aku dan adik aku ni tunggul kayu kat rumah
kau buat adik aku nangis tersedu-sedu
masa tu aku rasa cam nak tampar-tampar
nak tarik-tarik rambut kau
"Kau jangan kurang ajar"suara marah-marah
adik aku makin kuat nangis,,aku pun tak pernah buat adik aku nangis
aku tak boleh tengok dia nangis
aku duk di tepi tingkap tahan rasa marah kerana hormat
jangan disebabkan kau marah benda lain aku dan adik aku terhimpit di tengah-tengah
tolonglah,,,,,,,,,,,,,
aku dah malas sebenarnya nak dengar masalah korang
yang sebenarnya tak da ape-ape pun tapi kau besar-besarkan..
besar sangat ke salah "DIA"
main ungkit-ungkit lagi

TINDAKAN BODOH YANG KAU BUAT LAGI MENYUKARKAN KEADAAN
MELAMBATKAN MASA

fikir lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh