Thursday, 15 December 2011

Pengajaran untuk hari ini

orang yang banyak "Mengeluh" semakin mudah untuk berputus asa

orang yang banyak " Berputus asa" semakin mudah untuk GAGAL,

Sesungguhnya, orang yang gagal inilah lebih senang untuk menjadikan orang lain juga gagal..

Tetiba je teringat kat sorang kawan ni yang suka mengeluh...

Wednesday, 14 December 2011

Susah hati

Semalam aku berasa sangat susah hati kerana banyak kerja. Tapi walaupun susah hati aku tetap siapkan jugak kerja yang ada ini. (biasalah susah hati sebab kerja banyak). Bila kerja dah siap, nak upload video pula tak dapat. Memang aku risau giler la... Tapi dengan berkat kesabaran yang ada dalam diri aku ini, aku mampu lakukan juga walaupun pelbagai halangan yang menimpa. Alhamdulillah....

Pulang dari DBP






Tuesday, 13 December 2011

Hari Lawak dalam Hidupku

Semalam kami buat pameran kat Foyer FBMK. banyak benda yang melucukan jadi kat AJK Makanan. Aku jadi AJK makanan semasa kat pameran semalam. dah turun pangkat...
malu sangat semalam, rasa macam orang bodoh. tapi syukur semuanya dah settle.
1) tertukar van katering dengan van hantar air con. malunya rasa...
2) orang katering tu datang-datang je...nah nasi sepuluh bungkus. pe hal ni???terkejut aku. tak kan VIP nak makan dalam polistrin kot..
3) ikut orang katering balik tukar makanan
4)bila dah siap kemas makanan,,ingatkan dah tak da benda yang memalukan lagi...VIP tiba je nak makan, tengok-tengok je Sudip nasi tak da. Pak cik katering tak bagi. dah lah mangkuk sup dan mangkuk sambal nasi ayam tak bagi. malunya rasa bila AJK makanan terpaksa bubuh nasi pakai sudu kecil je.

tapi pe yang best jadi AJK makanan ni......................dapat makan Free..heheheh suka sangat.rasa berbaloi.