Saturday, 24 December 2011

Dr Normaliza

semester ni aku ada ambil satu subjek yang pada mulanya aku rasa takut sangat nak masuk kelas tu..lecture subjek ni garang dan tegas sangat. minggu pertama masuk kelas kami dah kena warning. wajib pakai kasut masa kelas dia. aku dan kawan-kawan takut sangat sampai kami ke MINES untuk beli kasut. orang cakap tak kenal maka tak cinta kan.lepas berminggu-minggu masuk kelas tu aku rasa seronok. rasa takut lama-lama hilang tapi rasa hormat tu tetap ada.


Dr Normaliza a.k.a Dr Notts ni suka sangat bagi keja.tiap-tiap minggu mesti ada kerja dan kena present kat depan. kalau salah sorang ahli kumpulan yang lambat markah kena potong. tak adil kan???tapi tu semua untuk latih kami berdisiplin...aku rasa tertekan sangat masa mula-mula terima arahan supaya buat video dan miming lepas tu masuk kat dalam youtube. kumpulan kami ni tak pernah pun upload apa-apa kat youtube sebelum ni. disebabkan kerja, kami belajar macam mana nak upload. apa yang seronok sangat kelas Dr Notts ni  ialah selepas present video. rasa happy sangat.


sepanjang belajar 14 minggu ni aku rasa ni lah antara subjek yang paling banyak kerja. subjek ni menuntut kami banyak melakukan praktikal berbanding teori. aku belajar macam mana nak buat movie maker, upload youtube, buat blog, website, macam-macam aku belajar. dalam kelas Dr notts aku tak pernah rasa boring dan mengantuk kerana ada je aktiviti yang dibuat dalam kelas. kami tidak dibenarkan menyalin nota dan hanya perlu ambil gambar sahaja.


ni adalah link blog Dr Normaliza..untuk sape-sape yang akan ambil subjek ni semester depan get ready lah dan jangan takut. Dr seorang yang tegas tapi agak penyayang orang nya..http://aammwa.blogspot.com/


















No comments:

Post a Comment