Sunday, 18 September 2011

saya punya pencetus semangat




Setiap kali aku melihat gambar ni, aku rasa macam nak tergelak.hehehe..Ramai yang cakap gambar ni macam budak skema. Nampak sangat ke????Hakikatnya tak tau. Sebenarnya ni lah adik bongsuku yang belajar di UITM Shah Alam. Dia menjadi kebanggaan kami sekeluarga apabila dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Katanya nak jadi doktor pakar bedah otak suatu hari nanti. Macam tak percayakan orang penakut yang amat ada keberanian yang kuat macam ni. Tapi dulu lah sekarang dah ok. Dia selalu mengingatkan aku dalam banyak perkara. Perkara yang paling aku ingat ialah apabila dia tegur supaya pakai tudung semasa abang ipar kami ada di rumah. Katanya" kalaulah dosa boleh dikira mesti dah tak terkira". Aku bengang sangat. Tapi alhamdulillah aku dah berubah. Katanya lagi tau tak bezanya orang yang pandai dengan kita. kalau orang pandai memang susah nak puas hati tapi kita kalau dah lulus pun dah ok..sindirannya membuat aku sedar...itulah adikku yang menjadi penyejuk hati kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment